Penyebaran
Ilmu dan Agama di antara pelajar-pelajar Malaysia dan
Indonesia di India dan Pakistan dan Perkembangan ilmu di negara asal mereka.
SPelajar
madrasah Indonesia mengutip wang derma di warung Internet,
Jakarta, Indonesia (2003). |
Dari awal lagi, lautan India telah memainkan peranan yang begitu penting sebagai saluran komunikasi dan penyebaran ide, ilmu dan barang dagangan antara benua India dan kepulauan Melayu (merangkumi negara-negara Malaysia, Indonesia, Singapura, Filippina, Siam hingga ke Papua). Unsur dan pengaruh budaya India telah dibawa ke kepulauan Melayu melalui lautan India sejak awal lagi, hingga proses ini diberi gelaran proses 'Indianisasi' kepulauan Melayu. Pengaruh budaya India begitu jelas dan ketara hingga ke negara Vietnam. A Apabila Islam mula bertapak di benua India, Islam dan nilai-nilainya juga dibawa ke kepulauan Melayu melalui proses dan saluran yang sama. Golongan ulama, awliyyah (Sufi) dan pedagang Islam dari India memainkan peranan yang sangat penting dalam proses meng-islamisasikan corak hidup dan budaya masyarakat Melayu-Indonesia, dan dari segi perspektif norma hidup dan corak ekspresi Islam normatif di kepulauan Melayu impak dan corak budaya Islam-India ini masih jelas dilihat. Lebih dari itu, golongan ulama India seperti Sheikh Nuruddin al-Raniri (dari Ranir) telah menyumbang begitu banyak ide, falsafah, kitab dan teori yang membentuk pandangan dunia Islam Melayu hingga ke hari ini.
Diantara abad 18 ke 20-an, golongan India-Muslim (Muslim/India Peranakan) ini telah memainkan peranan yang penting dalam proses membentuk wacana dan institusi politik di negeri-negeri Melayu seperti Malaya dan Indonesia. Gerakan nasionalis anti-kolonial di India memberi ajaran, ilham dan mangkin kepada gerakan anti-penjajah yang tumbuh di merata dunia Melayu juga; dan banyak antara pemimpin awal golongan nasionalis anti-kolonial di Malaya dan Indonesia mengikut contoh yang diberi oleh pemimpin nasionalis di India juga. Pemimpin dan ahli falsafah India-Muslim seperti Muhammad Ali Jinnah dan Muhammad Iqbal telah menjadi 'model' dan idola bagi pemimpin Melayu-Muslim seperti Dr Burhanuddin al-Helmy di Malaya. Hingga ke hari ini di kota-kota besar di Malaysia dan Indonesia masih terdapat masjid, madrasah, kompeni, gedung dan bangunan-bangunan kantor yang didirikan oleh kaum pendatang awal India-Muslim ini.
Masjid Jamek yang terkenal di Kuala Lumpur, Malaysia, yang dibina
pada zaman kolonial mengikut rupabentuk ala’ India-Mogul. |
Tujuan projek ini ialah untuk mengadakan suatu kajian dan sorotan sejarah proses komunikasi maklumat, ilmu dan ide antara pelajar dari kepulauan Melayu dan Benua India dari abad ke 17 lagi. Fokusnya ialah kepada proses 'trans-kulturasi' ilmu dan budaya antara-bangsa. Pihak pengkaji menolak saranan pihak Orientalis Barat bahawa Islam itu bersifat monolithic, iaitu beku, statik dan tidak berubah. Malah saranan kita ialah bahawa proses transkulturasi ilmu ini membuktikan bahawa budaya Islam itu bersifat majmuk, dinamik, aktif dan berunsur daya kreatifnya sendiri.
Salah satu daripada persoalan yang perlu dibangkitkan ialah bagaimana sistem transkulturasi ini telah membentuk berbagai saluran (network), moda interpretasi, ekspresi normatif dan perbezaan pendapat yang begitu jelas dalam konteks masyarakat Muslim dewasa ini.
Masjid
India yang dibina di Singapura oleh kaum pendatangIndia-Muslim (India Peranakan), pada zaman penjajahan British.
|
Fokus projek ini ialah kepada 'ruang tengah' (middle space) yang wujud disebabkan proses transkulturasi yang membentuk ruang-ruang baru bagi wacana ilmu Islam yang pluralis, dinamik dan imaginatif. Mungkinkah proses transkulturasi ini melahirkan suatu 'contact point' dimana moda interpretasi yang baru dapat wujud? Adakah 'contact point' ini merupakan suatu lokus baru bagi proses interpretasi ilmu yang tidak disangka?
Pelajar-pelajar di madrasah, Pakistan.
|
Setakat ini prejudis yang jelas dalam tulisan tentang Islam normatif bedasarkan ide bahawa masyarakat Islam itu tidak dinamik, malah beku. Mungkin pelajar-pelajar Malaysia dan Indonesia yang datang ke India dan Pakistan itu dapat mengubah corak fikiran dan interpretasi norma-norma di masyarakat India juga? Soalan-soalan ini telah menjadi lebih penting kerana dewasa ini kita dapat lihat bagaimana konsep 'radikalisme' itu telah di lekatkan kepada proses perkembangan ilmu Islam, untuk mengkambing-hitamkan kumpulan-kumpulan Islam dimerata dunia.
Di Malaysia fokus projek ini ialah untuk mengkaji sistem dan moda pengajian yang diberi oleh gerakan-gerakan Islam seperti Parti Islam se-Malaysia (PAS), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jama’ah Islah Malaysia (JIM), Gerakan Darul Arqam dan sebagainya. Di Indonesia perhantian akan ditumpukan kepada gerakan Muhamadijjah dan Nahdatul Ulama (NU). Di India dan Pakistan, fokus projek ini akan ditumpukan kepada kepada gerakan yang ada kaitannya dengan gerakan di Kepulauan Melayu, khususnya Jama'at-e Islami, dan institusi seperti Darul Ulum Deoband di India. Fokusnya kepada institusi pengajaran dan proses transkulturasi yang wujud melalui proses interaksi antara-bangsa yang berlaku pada tahap global dan juga tempatan, merangkumi institusi seperti universitas hingga ke sekolah pondok, pesantren dan madrasah.